This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Kisah Bagaimana 2 Lelaki ini jadi Kaya dengan Idea Paling Bodoh di Dunia

tiagedhut.blogspot.com - WOW!!!Kisah Bagaimana 2 Lelaki Ini Jadi Kaya Dengan Idea Paling Bodoh di Dunia

Kisah Bagaimana 2 Lelaki ini jadi Kaya dengan Idea Paling Bodoh di Dunia

Dua lelaki di dlm gambar di atas adlh Alan Whitman dan Andrew Masters. Mereka berdua adlh jenis yg tak mahu 'membesar' tapi apa yg best, mereka masih lagi berjaya buat duit yg banyak.



Bagaimana?

Dengan mencipta satu spray yg dipanggil 'Liquid Ass'; cecair yg boleh menghasilkan bau yg tersangat busuk.

Kisah Bagaimana 2 Lelaki ini jadi Kaya dengan Idea Paling Bodoh di Dunia

Semuanya bermula ketika Whitman berada di sekolah - ibu bapa Whitman memberikannya satu kit chemistry dan dia menggunakan bahan-bahan di dlm kit tersebut untk mencipta satu kombinasi bau longkang, punggung dan bangkai haiwan. Dia menggunakannya untk mem'prank' seorang guru bahasa Inggeris yg dia tak suka, dan pd saat itu dia sedar bahawa dia kini memiliki satu 'senjata' yg sangat berkuasa.

Tapi ramuan itu tak berguna baginya sehinggalah 10 tahun lalu, dimana dia hampir dipecat dari sebuah syarikat pembuat trak. Hubungan yg tak baik antara dirinya dan pihak pengurusan menyebabkan dia mengeluarkan kembali 'senjata' lamanya. Ketika itu dia sudah mengenali Masters yg turut mempunyai masalah dgn pihak pengurusan.



Whitman dan Master meletakkan sedikit Liquid Ass berdekatan dgn mikrowave di bilik rehat dan menunggu 'bau' itu mula bekerja. Hasil dari cecair Liquid Ass, seluruh kawasan itu berbau busuk tapi pekerja-pekerja lain tak dpt mengenalpasti punca bau busuk itu walaupun mereka sudah mencuba pelbagai cara; termasuklah membaiki saluran air, menukar mikrowave, membuang karpet, dan menutup bilik air; tapi tiada apa yg berhasil.

Setelah itu, Whitman dan Master berhenti dari syarikat itu tapi tahu apa yg perlu mereka buat seterusya, memastikan 'senjata' mereka dikongsi kepada mereka yg memerlukannya.
Kisah Bagaimana 2 Lelaki ini jadi Kaya dengan Idea Paling Bodoh di Dunia

Whitman dan Masters masing-masing melabur $18, 000 untk produksi dan marketing "Liquid Ass" dan pd ketika itu keluarga mereka sudah mula memikirkan mereka berdua gila. Isteri Whitman melawan sekeras-kerasnya idea tersebut manakala keluarga Masters memikirkan Masters sudah gila. Tapi semua tanggapan itu terbukti salah apabila "Liquid Ass" menjadi satu kejayaan besar dua tahun selepas itu.

Mereka mula dibanjiri dgn pesanan untk Liquid Ass. Orang ramai membeli Liquid Ass untk pelbagai prank termasuklah menyemburnya di dlm locker dan membalas dendam kepada jiran-jiran bising. Kerana kepelbagaian guna Liquid Ass, Whitman dan Masters turut menjenamakan semula produk itu kepada BARTFume, Tex-Ass, Fake Dog Poop dan Bad Karma, tapi pd hakikatnya ia hanyalah produk yg sama. Lebih menarik, Liquid Ass kini bukan sahaja digunakan untk prank, tetapi ia jg digunakan untk melatih ahli perubatan professional.

1 Response to "Kisah Bagaimana 2 Lelaki ini jadi Kaya dengan Idea Paling Bodoh di Dunia"

Contact

Nama

Email *

Pesan *