Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Tapi bagi yg berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tak panas sedangkan cuaca pd ketika itu benar-benar panassehingga mencecah lebih 40 darjah.
Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pd malam hari.
Begitu jg dgn warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yg terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pd petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.
“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untk umrah pd pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yg sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah belakangan ni cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dgn Jakarta yg puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pd pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tak terlalu menguras tenaga.
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yg menyengat.
Meski demikian yg unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, tapi telapak tak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.
Ini berbeda dgn lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untk mengelakkan panas tersebut.
Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pd masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah / 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yg mampu menahan teriknya panas matahari.
Awalnya lokasi tawaf tak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan jg gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adlh pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pd masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah jg dilengkapi dgn pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yg sama.
Jadi wajar saja, jika lantai yg digunakan untk tempat tawaf tak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adlh bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yg tiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.
SUMBER ASAL : Agamainfo.blogspot
0 Response to "AKHIRNYA TERBONGKAR ! Inilah sebab mengapa lantai Masjidil Haram tidak panas !"
Posting Komentar