This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

[Kisah] Pemandi Jenazah Pada Zaman Imam Malik, Tangan Menempel Di Jenazah

Pemandi Jenazah Pada Zaman Imam Malik, Tangan Menempel Di Jenazah
tiagedhut.blogspot.com - Foto Hanya Ilustrasi

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yg sangat buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tak pernah menolak ajakan lelaki.
Sehinggalah tiba pd hari kematiannya, ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yg memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pd kemaluan mayat wanita itu.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. Terdapat 2 cadangan untk menyelesaikan masalah itu. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus. Akhirnya, mereka memutuskan untk meminta pendapat daripada Imam Malik.
Imam Malik bukan calang-calang orang yg memberi fatwa. Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yg dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dlm isu agama. Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.
Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:
"Berapa kalilah tubuh ni telah melakukan zina"
Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pd wanita tersebut, sedangkan kamu tak mendatangkan 4 orang saksi. Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tak mendatangkan saksi."
Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

HIKMAH & PELAJARAN:
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah kita. Jangan sembarangan membuat fitnah / bersangka buruk dgn orang lain. Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya.. Moga bermanfaat dan sama2lah memperbaiki diri. InsyaAllah.
Jaga lidah jangan sebarkan fitnah, jangan bersangka buruk dgn kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisa Imam Malik dan Pemandi Mayat ni dijadikan sebagai tauladan dan iktibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkra buruk dlm masyarakat, negeri / negara, yg akan kita tak menyaksikan dan tiada ssaksi, maka tunggulah suatu hari nanti balasan yg kita terima. Walaupun peristiwa berlaku: Berhati-hati semua dan jangan terjerat dgn jarum-jarum kejahatan.
Wallahua'lam
Semoga bermanfaat...!!!
Mudah-dudahan Allah selalu mempermudahkan langkah kita, di manapun dan dlm keadaan apapun kita berada. Aamiinn... Lihat Videonya

0 Response to "[Kisah] Pemandi Jenazah Pada Zaman Imam Malik, Tangan Menempel Di Jenazah"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *