This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

BUKU-BUKU KAJIAN SEJARAH SARAWAK

tiagedhut.blogspot.com - Kalau mahu mengkaji sejarah Sarawak, anda harus membaca tiga buah buku berikut ni kerana terdapat banyak maklumat mengenai peristiwa-peristiwa perjuangan dan sejarah rakyat Sarawak.
Buku-buku itu ialah Isu-Isu Media di Sarawak tulisan Dr Jeniri Amir, pensyarah kanan dari UNIMAS dan wartawan kanan Utusan Sarawak, Awang Rosli Awang Jaya; Akhbar Melayu Perjuangan di Sarawak tulisan Nordi Achie, seorang sejarawan dari Muara Tebas yg kini bertugas di Universiti Malaysia Sabah, dan Yesterday A Better Future sebuah autobiografi Datuk Seri Haji Safri Awang Haji Zaidell.

BUKU-BUKU KAJIAN SEJARAH SARAWAK
Dalam mengkaji sejarah cession dan anti-cession serta perjuangan Rosli Dhoby anda perlu membaca bab kedua buku Isu-Isu Media di Sarawak terbitan Gaya Media Sendirian Berhad pd tahun 1996 ini. Bab berkenaan dari muka 14 hingga 39 sarat dgn salinan dokumen-dokumen penting yg pernah disiarkan oleh pelbagai media mengenai perjuangan itu, termasuklah sajak Rosli Dhoby dan kenyataan oleh Ibhanizain (Tan Sri Datu Ikhwan Zaini?) dan Awang Rambli.
BUKU-BUKU KAJIAN SEJARAH SARAWAK
Buku Akhbar Melayu Perjuangan Di Sarawak tulisan Nordie Achie dan diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya pd tahun 2003 memberi tumpuan kepada akhbar Fajar Sarawak dan sedikit mengenai Utusan Asas, iaitu akhbar tulisan rumi pertama di Sarawak. Buku setebal 294 muka surat ni lengkap dgn indeks dan rujukan asalnya disertasi ijazaj sarjana penulis dgn Universiti Malaya. Pembiayaan bagi penerbitan buku ni datangnya dari Yayasan Sarawak.
Sebagai sebuah buku yg berasal daripada sebuah disertasi maka kandungan buku ni dan bahan-bahan yg dihuraikan adlh b erwibawa dan penting untk diketahui.


BUKU-BUKU KAJIAN SEJARAH SARAWAKYesterday A Better Future oleh Datuk Seri Haji Awang Safri Haji Awang Zaidell dan diterbitkan sendiri oleh beliau tahun 2009 adlh jg sebuah dokumen sejarah yg penting kerana gaya tulisannya dan disiplin penulisan yg digunakannya. Buku setebal 398 muka surat itu lengkap dgn bibliografi, dan indeks.
Membaca buku ni kita meninjau perkembangan sosiobudaya dan sosiopolitik Negeri Sarawak khasnya dan Malaysia amnya dari kaca mata seorang intelek Sarawak yg satu ketika amat disegani dan dilihat penuh dgn kontr0versi kerana idea beliau mengenai masyarakat dan politik sudah tertera sejak beliau di bangku sekolah lagi.
Satu aspek yg menarik ialah rencana tulisannya di akhbar Sarawak Tribune pd 4 Mac 1959 mengenai perlunya perpaduan pelbagai kaum di Sarawak (rujuk ms 186) bergabung demi perpaduan kebangsaan Sarawak, telah membawa kepada penubuhan Parti Kesatuan Rakyat Sarawak / SUPP iaitu parti politik pertama di Sarawak yg berdaftar dan dilancarkan pd 12 Jun tahun berkenaan.
Menjelang pilihan raya negeri dan dlm sausana oran g sibuk memperkataka 1Malaysia, buku Datuk Seri Safri Awang ni merupakan satu bacaan yg amat relevan.

0 Response to "BUKU-BUKU KAJIAN SEJARAH SARAWAK"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *