This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Rokok Tak Akan Diharamkan & Dirampas Selagi Bayar Cukai Kepada Kerajaan.. - Kementerian Kesihatan - Foto

Rokok Tak Akan Diharamkan & Dirampas Selagi Bayar Cukai Kepada Kerajaan.. - Kementerian Kesihatan
tiagedhut.blogspot.com - Kementerian Kesihatan kekal dgn pandangan dan keputusan rokok elektronik bernikotin perlu diharamkan.

Menegaskan demikian, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, penggunaan rokok jenis itu boleh merosakkan kesihatan masyarakat dlm jangka panjang.

Katanya, pihak kementerian tak akan menyokong sebarang aktiviti yg menyumbang ke arah peningkatan masalah kesihatan di kalangan masyarakat, terutama generasi muda.

Beliau berkata, keputusan itu jg dicapai, selepas kajian Jawatankuasa Teknikal Mengkaji Kesan Rokok Elektronik dan Shisha Terhadap Kesihatan, yg turut mengesyorkan kerajaan supaya mengharamkan penggunaan rokok elektronik.

Menurut Lokman, Kementerian Kesihatan mentakrifkan rokok elektronik yg mengandungi nikotin dikenali sebagai e-rokok, manakala rokok elektronik yg tak mengandungi nikotin adlh vape.

Tapi kebanyakan rakyat Malaysia tak dpt membezakan e-rokok dan vape. Pada mereka vape, e-rokok benda yg sama. Selain itu, ada jg cecair vape yg bernikotin, katanya dlm sidang media hari ini.

Lokman berkata, hanya ahli farmasi berlesen dlm premis berlesen sahaja boleh menjual produk mengandungi nikotin, bagi tujuan membantu memulihkan ketagihan nikotin.

Penjualan dan penggunaan cecair e-rokok yg mengandungi nikotin tertakluk di bawah peruntukan Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983, dlm Peraturan Kawalan Tembakau 2004, katanya.

Sehubungan itu, Lokman berkata, kementerian akan mengambil tindakan kepada penjual dan pengguna rokok elektronik yg mengandungi nikotin, sepertimana tertakluk di bawah Akta Racun 1952.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan menggiatkan kempen anti rokok elektronik dan vape, seperti kempen ‘Tak Nak Merokok’.

Pesanan kementerian kepada masyarakat adalah, janganlah menggunakan rokok elektronik / vape, kerana ia memudaratkan kesihatan dlm jangka panjang, katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Mengkaji Kesan Rokok Elektronik dan Shisha Terhadap Kesihatan, Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif berkata, walaupun tiada nikotin dlm vape, tapi trend baru itu menghasilkan ketagihan baru dlm masyarakat.

Kajian yg kita lakukan mendapati, banyak kesan jangka panjang bakal mengundang kanser baru di masa depan, kata Dr Abdul Razak yg jg Pakar Perunding Kanan Perubatan/Respiratori Institut Perubatan Respiratori Hospital Kuala Lumpur.

other source : http://solopos.com, http://google.com, http://media-info-semasa.blogspot.com

0 Response to "Rokok Tak Akan Diharamkan & Dirampas Selagi Bayar Cukai Kepada Kerajaan.. - Kementerian Kesihatan - Foto"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *