This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Jamil Khir Kantoi Guna Wang Anak Yatim untuk Bercuti & Bermain Golf Bersama Isteri - Peringatan

Jamil Khir Kantoi Guna Wang Anak Yatim untuk Bercuti & Bermain Golf Bersama Isteri
tiagedhut.blogspot.com - Bukti dan kenyataan sdr Akmal Nasir bagaimana Menteri terlibat dlm ‪#‎skandalYaPEIM‬
JAMIL KHIR GUNA WANG YaPEIM BIAYAI PERJALANAN KE LUAR NEGARA BERSAMA ISTERI, MAIN GOLF DAN LAWATAN KE PUSAT MEMBELI-BELAH DENGAN JUMLAH KESELURUHAN RM 410, 978.56

National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ni tampil dgn pendedahan yg paling mengejutkan berkaitan skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dimana wang yg sepatutnya digunakan untk amal jariah telah disalah gunakan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Y.B Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.
Mengikut dokumen yg NOW perolehi, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri beliau Datin Seri Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti satu rombongan ke Amerikat Syarikat bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014.

Lawatan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dikatakan melewati bandar Washington D.C, Minnesota dan Iowa.

Walaupun perjalanan tersebut dikatakan untk tujuan ‘Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM’, berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yg dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adlh bersifat bersuka ria dan langsung tiada unsur amal jariah.
Di antara pembayaran yg telah dibuat adlh seperti berikut:-

1. Golf - keraian Menteri
2. Jamuan Promosi / keraian VVIP ( flower Chocolates and Fresh Fruits)
3. Jamuan Makan - keraian Menteri
4. Cenderahati Menteri
5. 22, 23, 26 & 27 Mei 2014 (GROUP: VVIP) USAGE TO LEESBURG OUTLET + OT

Berdasarkan semakan kami, Leesburg Corner Premium Outlet merupakan sebuah Pusat Membeli-belah upscale outlet barangan berjenama yg terletak di Washington DC yg dikunjungi oleh rombongan Menteri Hal Ehwal Islam sebanyak 4 hari dimana perbelanjaan pengangkutan sahaja mencecah RM 5, 908.35.

Lebih mendukacitakan lagi, pembayaran bagi perbelanjaan-perbelanjaan oleh Menteri dan rombongannya ni dibuat melalui institusi dibawah kawalan YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yg mana duit tersebut adlh khusus untk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin.

Lembaga Pengarah PEMANGKIN adlh Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu pemimpin Wanita UMNO yg berpengaruh di YaPEIM manakala Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil merupakan pengerusi PEMANGKIN. Kedua-dua individu inilah yg dilantik oleh Dato’ Seri Jamil Khir sebagai Presiden dan Pengerusi serta Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan yg diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perjalanan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dianggarkan sebanyak RM 410, 978. 56.
Saya pasti pendedahan ni menjangkau imaginasi rakyat Malaysia bagaimana satu badan Yayasan berkaitan Islam yg terletak di bawah YAB Perdana Menteri boleh disalah gunakan untk aktiviti-aktiviti Menteri seperti golf, ke pusat membeli-belah dan sebagainya.
NOW dgn ni mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dijalankan dimana tiap perbelanjaan YaPEIM dan institusi-institusi dibawah YaPEIM disemak dan diaudit secara terbuka kerana rakyat terutamanya pencarum berhak mengetahui tiap perbelanjaan yg dibuat.

Siasatan ni jg perlu mengesan jumlah wang yg hilang akibat ketirisan, kebocoran dan salah guna kedudukan.

Buat Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, jika beliau masih mempunyai maruah, beliau sewajarnya meletakkan jawatan dgn serta-merta dan tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana telah menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yg diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai.

NOW jg menuntut agar Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin dan Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil memulangkan kembali tiap sen yg diambil daripada YaPEIM termasuk gaji, elaun dan jg perbelanjaan perjalanan luar negara.

Kita sama-sama doakan agar ketiga-tiga individu ni akur dgn kesilapan mereka dan memulangkan kembali wang kepada YaPEIM, pengurusan YaPEIM perlu dirombak dan pengurusan baru perlu memastikan tiap wang tersebut diagihkan kepada mereka yg benar-benar susah dan turut melaporkan kemajuan agihan secara berkala dan terbuka.


13 NOVEMBER 2015
AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)

Jamil Khir Kantoi Guna Wang Anak Yatim untuk Bercuti & Bermain Golf Bersama IsteriJamil Khir Kantoi Guna Wang Anak Yatim untuk Bercuti & Bermain Golf Bersama Isteri

Jamil Khir Kantoi Guna Wang Anak Yatim untuk Bercuti & Bermain Golf Bersama Isteri
Jamil Khir Kantoi Guna Wang Anak Yatim untuk Bercuti & Bermain Golf Bersama Isteri

Jamil Khir Kantoi Guna Wang Anak Yatim untuk Bercuti & Bermain Golf Bersama IsteriJamil Khir Kantoi Guna Wang Anak Yatim untuk Bercuti & Bermain Golf Bersama Isteri

0 Response to "Jamil Khir Kantoi Guna Wang Anak Yatim untuk Bercuti & Bermain Golf Bersama Isteri - Peringatan"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *