This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

10 Sebab Mengapa Jodoh Anda Lambat Yang Anda Tidak Tahu. Semoga Bermanfaat

10 Sebab Mengapa Jodoh Anda Lambat Yang Anda Tidak Tahu. Semoga Bermanfaat
Bila soal tentang jodoh , mesti ada yg tertarik kan . Ada yg suka dan ada jg yg tak berapa suka nak tahu disebabkan hal-hal tertentu . Pernah korang terfikir tak , kenapa jodoh korang lambat datang ?
1) Jodoh itu rahsia Allah . Sejauh dan sedalam manapun korang fikirkan , ia tetap menjadi satu misteri yg tak mudah diungkapkan . Kerana sudah ketetapan Allah yg menciptakan manusia dgn akal fikiran yg amat terbatas .
2) Diri Anda Belum Benar-Benar Bersedia . Pasangan sudah ada tetapi orang yg hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia . Adakah korang betul-betul bersedia untk menjadi suami ataupun isteri ? Adakah sudah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, dan kematangan . Tepuk dada , tanya selera .
3) Hati tak fokus dlm mencari jodoh dan tak bersungguh-sungguh . Ye la . macam mana la korang nak dpt jodoh kalau korang tak bersungguh-sungguh . Mulut je kata nak 'jodoh' , tapi hakikatnya , "aku bukannya tak nak berjodoh , tapi banyak kerja la . Tak menyempat pun nak cari isteri ke apa" . Tengok tu , mana tak lambat jodoh tu datang . Tak bersungguh-sungguh .
4) Terlalu memilih kriteria pasangan . In satu hal jugak . Kalau dah ketat sangat ciri-ciri orang yg nak dijadikan isteri ataupun suami tu , siapa la yg layak agaknya yeaa ? ‘den taknak melayu , nak bugis / jawo jah. kalu mix tu kiro okeh jugak. tinggi sajo nak yg 7 kaki. kulit puteh gobu. badan berisi. mato bulek. bulu mato ea panjang sekaki. abah ea mesti takdo misai. selipar saiz 6.’ . Haih , tak salah memilih , tapi berpada-pada la . Jangan sampai nak yg sama macam bidadari kayangan yg boleh terbang . Sampai bila nak berjumpa?
5) Hati kotor , masih banyak perasaan benci dlm hati . Kalau banyak sangat perasaan benci tu dlm hati , kesannya orang lain pun jadi benci jugak dgn kita. Apa la salahnya kita berubah untk jadi lebih mesra dgn semua orang . Mana tau dlm ramai-ramai orang dimesra tu ada jodoh kamu. hehe =)
6) Fobia dan serik bercinta . Yang ni parah nak ubat . Satu je ubatnya , kena redha dgn pengalaman cinta yg tak kesampaian tu dan berusaha untk kehidupan yg lebih bahagia di hari muka . yeah! Semangat kena ada .. Jangan pasrah dan terus putus asa je. Orang yg putus asa takkan berjaya..
7) Doa Anda Tidak Makbul . Berdoa untk mendapatkan jodoh . Allah s.w.t. telah berfirman:“Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan.” Persoalannya , kenapa masih tak bertemu jodoh ? Salah satu punca doa tak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yg masih kotor bermakna masih benci / sakit hati pd orang. Juga , tetapkan hati korang yg mana satu jejaka yg anda mahu. Lakukan solat Istikharah untk diberi petunjuk.
8) Restu Ibu Bapa Belum Sempurna . Jodoh tak sampai jg mungkin disebabkan restu emak bapak yg tak sempurna. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untk lepaskan anaknya. Tanya pd emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yg anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yg kadang-kadang susah hendak dpt jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tetapi dlm hati masih tak benar-benar redha untk lepaskan. Ini satu masalah yg rumit .
9) Terlampau selesa dgn hidup bersendirian . Benda ni semacam dah jadi trend sesetengah orang yg merasakan lebih selesa hidup sendiri sehingga tak melihat keperluan untk berumahtangga . Nak bertemu jodoh tang mana ? Perlu diingat , berkahwin merupakan satu ibadah yg mana jika dilakukan dgn niat kerana Allah SWT, insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala.
10) Hidup tak seimbang . Kadang-kadang terlampau tenggelam dgn kerja sendiri sampai takde masa nak bersosial . Paling parah tak bertemu manusia lain pun ! Entah kenal ke tak orang sebelah rumah. camano nih? ada pula yg kuat sangat enjoy / dgn kata lain sindrom ‘orang bujang’ yg melampau . adoih.. jodoh mana yg nak melekat? kena berubah!
Hanya Allah yg tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Allah yg tahu apa yg terbaik untk sekalian hambanya . Tidak ada apa yg lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah. Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu , sambutlah dia dgn hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.

source : http://google.com, http://solopos.com, http://hatikeringg.blogspot.com

0 Response to "10 Sebab Mengapa Jodoh Anda Lambat Yang Anda Tidak Tahu. Semoga Bermanfaat"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *