This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Kisah Seorang Wanita Ketika Mandikan Mayat Seorang Pelacur‪ #‎KisahBenar‬ - Hiburan

Kisah Seorang Wanita Ketika Mandikan Mayat Seorang Pelacur‪ #‎KisahBenar‬
tiagedhut.blogspot.com - Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yg buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pd hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yg kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pd batang tubuh jenazah wanita itu. Semua penduduk dan ulama’ gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit. Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yg dirasakan sesuai tetapi berat untk dijalankan. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yg kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus. Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang-calang orang yg memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yg berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu : Apakah kamu lakukan / berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya? Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tak berbuat / tak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah. Selepas diasak dgn berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong / ditanam sekali dgn mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata : Berapa kalilah tubuh ni telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pd batang tubuh si mati. Imam Malik berkata : Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pd wanita tersebut sedangkan kamu tak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi. Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yg ke 80, maka dgn kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut. PENGAJARAN : Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dgn kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ni dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dlm masyarakat, negeri / negara, yg mana kita tak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dgn jarum-jarum kejahatan. Abu Raziq Al-Ansorullah

0 Response to "Kisah Seorang Wanita Ketika Mandikan Mayat Seorang Pelacur‪ #‎KisahBenar‬ - Hiburan"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *